Home > Bahasa Melayu
Rumah Terbuka Jalinkan Ukhwah
SESI bergambar ramai.
June 24th, 2018 | 09:23 AM | 439 views
TUTONG
Walaupun hampir dua minggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri namun umat Islam masih mengadakan rumah terbuka sempena hari raya.
Tidak ketinggalan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung juga mengadakan majlis rumah terbuka bagi sahabat handai, saudara mara dan penduduk Kampung Kiudang yang diadakan di kediaman beliau di Kampung Kiudang, Tutong.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohammad Hussain serta isteri dan keluarga.
Dengan adanya acara rumah terbuka sebegini, dihasrat akan dapat mengeratkan lagi silaturahim serta jalinan ukhwah sepertimana yg dituntut dalam ugama Islam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]