FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Promosi Dialog Pemimpin Masa Depan


SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil hadir bagi mengucapkan selamat belayar.

 


 August 28th, 2018  |  10:49 AM  |   275 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 15 belia terdiri daripada pegawai-pegawai dari sektor kerajaan, Persatuan Belia dan Mahasiswa / Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi pagi tadi berlepas ke Republik Singapura bagi menghadiri Program Pertukaran Kepimpinan Belia Singapura - Brunei (SBYLEP) Kali Ke-5 selama sembilan hari bermula hari ini hingga 4 September depan.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan.

 

Pegawai Pentadbir, KKBS, Awang Azizul Azri bin Haji Majit selaku Ketua Rombongan ketika ditemu bual menjelaskan, program berkenaan dihasratkan untuk meningkatkan pemahaman dan penghargaan belia terhadap dasar, sistem, hubungan dua hala dan tanggungjawab serantau serta mempromosikan dialog antara para pemimpin masa depan dari kedua-dua buah negara.

 

Di sepanjang program ini, belia negara akan menghadiri sesi dialog dan taklimat, membuat lawatan ke beberapa tempat seperti Cozy Bananas, Youth Corps Singapore, Enabling Village dan aktiviti sukan air Dragonboat di Kallang Basin.

 

Mereka juga akan berpeluang menyertai program tinggal bersama keluarga angkat (homestay).

 

Program SBYLEP Kali Ke-5 yang bertemakan 'Enabling Social Good' diharapkan akan dapat meningkatkan lagi pemahaman para belia mengenai hubungan dua hala dan tanggungjawab serantau, serta dapat mengambil iktibar dan pengalaman-pengalaman bagi menyumbang kepada aktiviti-aktiviti yang membawa kepada 'Social good' di antara para pemimpin masa depan kedua-dua negara.

 

Bermula di tahun 2014, program ini dianjurkan secara bergilir-gilir dengan Republik Singapura dan telah disertai oleh 47 pemimpin-pemimpin belia, yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan profesi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47