Home > Bahasa Melayu
Taklimat Perancang Kewangan Bagi Warga Kementerian Pembangunan
BANK Islam Brunei Darussalam mengadakan Taklimat Perancangan Kewangan bagi warga Kementerian Pembangunan
August 29th, 2018 | 09:24 AM | 249 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) baru-baru ini mengadakan Taklimat Perancangan Kewangan untuk warga Kementerian Pembangunan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan kemahiran pengurusan kewangan yang lebih baik di Negara Brunei Darussalam.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Perancang Kewangan Islam BIBD, Dayang Siti Nur Aqilah Hussin.
Aktiviti itu diharap dapat memupuk tabiat kewangan yang lebih baik dan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan peserta untuk masa depan kewangan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Perancangan Kewangan BIBD, boleh berhubung dengan Pusat Panggilan BIBD melalui talian +673 2238181.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]