FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Doa Selamat Rai Para Pelajar UNISSA


REKTOR UNISSA bergambar ramai bersama pelajar dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA

 


 August 29th, 2018  |  09:35 AM  |   415 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bagi pelajar-pelajar UNISSA yang akan mengikuti Program Setahun Pengajian di Luar Negara, Program Pertukaran Pelajar dan Kursus Bahasa Arab.

 

Majlis itu adalah sebagai tanda penghargaan dan juga sokongan kepada pelajar yang terpilih dalam mengikuti program tersebut bagi sesi pengajian 2018/2019.

 

Seramai 18 orang pelajar UNISSA yang cemerlang dan telah melalui proses pemilihan melalui temuduga akan mengikuti pengajian di Universiti Yarmouk, Jordan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu, Universiti Sultan Qaboos, Oman dan buat julung kalinya, di Universiti Mohammed V, Rabat, Maghribi.

 

Manakala, dua orang pelajar lagi akan mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab selama lapan minggu di Kolej Sultan Qaboos Oman di bawah tajaan biasiswa Kesultanan Oman.

 

Program Setahun Pengajian di Luar Negara dan Program Pertukaran Pelajar (1 semester) tersebut merupakan program pembangunan akademik pelajar yang dianugerahkan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik, di samping aktif dalam bidang kokurikulum.

 

Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal turut sama hadir bagi meraikan pelajar-pelajar yang terpilih.

 

Ucapan amanat pula disampaikan oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

 

Beliau menyeru para pelajar agar menimba ilmu sebanyak mungkin, dan mendapatkan pengalaman, serta mempelajari budaya positif bangsa serta masyarakat setempat yang boleh menjadi 'oleh-oleh' berguna sesudah pulang ke tanah air nanti.

 

Dalam masa yang sama, para pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti anjuran universiti dan juga aktiviti kemasyarakatan  semasa berada di perantauan nanti.

 

Ini amat berguna sebagai wadah dalam meluaskan perspektif, pemikiran dan pengalaman pelajar agar lebih menghargai pengalaman menimba ilmu di negara lain,

 

Seterusnya, pelajar diingatkan untuk sentiasa menjaga tatasusila serta nama baik dan imej universiti dan negara, serta sentiasa menjunjung falsafah negara "Melayu Islam Beraja" sebagai identiti kita walau yang mana kita berada, serta mengelakkan diri dari terpengaruh dengan ideologi yang bertentangan serta tidak terlibat dengan gerakan-gerakan yang meragukan apatah lagi yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Turut hadir ialah Penolong Rektor UNISSA, dekan pelajar dan pegawai-pegawai utama UNISSA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47