FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Brunei DPMM FC Akhiri Saingan Liga Di Tangga Ketiga


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bolasepak Liga Perdana Singapura di antara Pasukan Brunei DPMM FC dengan Pasukan Young Lions. Juga berangkat

 


 October 10th, 2018  |  10:31 AM  |   451 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan Brunei DPMM FC mengakhiri kempen Liga Perdana Singapura di tangga ketiga selepas menewaskan Pasukan Young Lions 3 - 1 pada perlawanan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

 Berangkat menyaksikan perlawanan seterusnya berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada Pasukan Brunei DPMM FC ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC.

 

Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik  ibni  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Pada awal perlawanan separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang agak perlahan, namun Pasukan Brunei DPMM FC bangkit dengan penuh bersemangat pada separuh masa kedua apabila Adi Said menjaringkan gol pertama pada minit ke-51.

 

Pasukan Brunei DPMM FC terus menggegarkan gawang lawan hasil rembatan leret kaki kanan pemain import, Volodymyr Prylomov pada minit ke-64.

 

 Selang empat minit kemudian, Young Lions bangkit memberikan saingan melalui jaringan Hami Syahin.

 

 Pasukan Brunei DPMM FC terus mengganas dan berjaya menambah satu lagi gol menerusi sepakan Abdul Azizi Rahman pada minit ke-70.

 

 Kedudukan kekal Pasukan Brunei DPMM FC mendahului 3 - 1 hingga wisel penamat.

 

Dengan kemenangan tersebut melonjakkan Pasukan Brunei DPMM FC ke tangga ketiga liga dengan 41 mata, di belakang Home United di tempat kedua dengan 43 mata dan juara Liga Perdana Singapura musim ini, Albirex Niigata FC (S) dengan 66 mata.

 

 Di samping itu, Pasukan Brunei DPMM FC juga telah dihadiahkan pingat berserta wang sebanyak $40,000.00 atas pencapaian pasukan  menamatkan saingan Liga Perdana Singapura di kedudukan ketiga.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07