FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


72 Peserta Kursus Dan Bengkel Adat Istiadat Terima Sijil


PENGARAH Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Dayang Hajah Norezan binti Haji Hambali menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta perempuan kursus dan bengkel Adat Istiadat, di Dewan Persantapan Lapau, Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN).

 


 October 25th, 2018  |  08:11 AM  |   796 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 72 peserta menerima sijil masing-masing pada Majlis Penutup Kursus dan Bengkel Adat Istiadat, berlangsung di Dewan Persantapan Lapau, Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN), di ibu negara.

 

Kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dan dikelolakan oleh JAIN tersebut diadakan selama tiga hari bermula 22 Oktober lalu dan disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada 33 peserta lelaki ialah Pemangku Yang Di-Pertua JAIN, Awang Razali bin Haji Badar.

 

Manakala, Pengarah IPA, Dayang Hajah Norezan binti Haji Hambali pula menyampaikan sijil kepada 39 peserta perempuan.

 

Pemangku Yang Di-Pertuan JAIN dalam ucapannya berkata, selaku bangsa yang berjiwa purih Brunei dan warga perkhidmatan awam yang menjadi orang depan bagi pihak Kerajaan Brunei, amatlah penting bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan Adat Istiadat KeBruneian yang sememangnya mendukung kepada Falsafah kitani Melayu Islam Beraja (MIB).

 

"Adat Istiadat KeBruneian yang dimaksudkan merangkumi taat setia yang tinggi, tutur kata yang sopan, berakhlak mulia, hormat menghormati, tingkah laku yang molek dan mempunyai adat resam yang tersendiri. Dengan cara demikian, kelangsungan MIB itu akan sentiasa terjaga dan terpelihara, malah dijadikan sebagai cerucuk pembinaan bangsa Brunei," katanya dalam ucapannya.

 

Dalam usaha mencapai Wawasan Brunei 2035 jelasnya, konsep MIB itu hendaklah dijadikan tunjang kepada asuhan pemikiran dan pembentukan sikap kehidupan orang Brunei yang taat beragama, setia kepada raja serta rajin berusaha dengan meneliti semua sifat dan nilainya secara positif.

 

"Sayugia juga diingatkan bahawa penghayatan MIB itu haruslah disokong oleh semua pihak lapisan masyarakat di negara ini agar ia difahami dan dihayati dengan sebenar-benarnya sepertimana yang dihasratkan," katanya lagi.

 

Antara objektif kursus dan bengkel adat istiadat ini adalah untuk membudayakan Adat Istiadat Brunei pada seluruh lapisan masyarakat Melayu Brunei.

 

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan tunjuk ajar serta tatacara yang betul, termasuk dalam menggunakan Bahasa Dalam dan Terasul; dan memberi tunjuk ajar serta pengetahuan dalam membuat persediaan apabila mengendalikan majlis-majlis, terutama melibatkan keberangkatan kerabat diraja.

 

Sepanjang kursus berkenaan, para peserta antara lain menghadiri ceramah-ceramah berkaitan dengan adat istiadat juga mengadakan lawatan ke Bangunan Lapau dan Muzium Alat Kebesaran Diraja.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47