FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pendidikan Sejarah Islam Penyumbang Pembangunan Negara


HADIR selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

 


 October 25th, 2018  |  08:19 AM  |   273 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sistem Pendidikan memainkan peranan penting dalam menyumbang pembangunan dan melestari ketamadunan bangsa sesebuah negara dengan mengambil kira kepentingan aspek mental fizikal, rohani dan spiritual.

 

Dalam hal ini, Pendidikan Sejarah Islam juga tidak ketinggalan dalam menyumbang dan membangunkan negara melalui pemahaman sejarah dan asal-usul bangsa dalam membentuk ketamadunan negara.

 

Ini juga selari dengan hasrat Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21) yang merupakan sistem pendidikan bersifat holistik.

 

Sehubungan itu, Seminar Kebangsaan Pendidikan Sejarah Islam Tahun 1440H / 2018M berlangsung di Dewan Tarbiyah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

 

Majlis Perasmian Seminar disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar pada sebelah petang.

 

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan Nasyid Asma' Al-Husna serta Lagu Kebangsaan.

 

Acara diteruskan dengan Sesi Forum, bertajuk 'Pelaksanaan pengajaran sejarah Islam di Institusi Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Pemacu Masa Depan Gemilang' yang dibincangkan oleh Ahli-ahli Panel, iaitu Pemangku Timbalan Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha; Nazir Sekolah-sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Dayang Julianawati binti Haji Hamdan dan Timbalan Dekan Fakulti Tamadun dan Perkembangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Muhammad Sahrin bin Haji Masri.

 

Moderator bagi Sesi Forum berkenaan, Dekan Fakulti Pendidikan KUPU SB, Prof. Madya Dr. Muhd. Zahiri Awang Mat.

 

Terdahulu, Sesi Seminar pada sebelah pagi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Nasyid Asma' Al-Husna dan Lagu Kebangsaan, diteruskan dengan empat pembentangan, iaitu pembentangan pertama oleh Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar dengan tajuk 'Latar Belakang Sejarah Islam dan Keberkesanan Pengajaran Sejarah Islam di Sekolah Menengah Negara Brunei Darussalam'.

 

Sementara pembentangan kedua disampaikan oleh Dekan fakulti Usuluddin KUPU SB, Dr. Mikdar Rusdi dengan tajuk 'Konsep Persejarahan dalam Al-Quran'.

 

Pembentangan ketiga disampaikan oleh wakil daripada Pusat Sejarah Brunei, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad dengan tajuk 'Sejarah Islam di Brunei dan Hubungannya dengan Pendidikan di Brunei'.

Pembentangan terakhir disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan, KUPU SB, Dr. Ismail Abbas dengan tajuk 'Kaedah Pengajaran Sejarah Islam Berkesan'.

 

Keperluan memahami sejarah Islam dan kaedah pengajaran yang efektif serta bersesuaian dengan perkembangan teknologi informasi dan komunikasi terkini amat penting bagi para pensyarah, pendidik dan pelajar.

 

Peserta seminar akan mendapat manfaat secara teori dan amali dalam aspek Persejarahan Islam dan Pengajaran Sejarah Islam.

 

Ini amat penting bagi mereka yang bergelar warga pendidik dan pembimbing masyarakat serta mengambil iktibar daripada peristiwa dalam Sejarah Islam.

 

Seminar kebangsaan itu diadakan dengan kerjasama di antara Fakulti Pendidikan, Fakulti Usuluddin dan Pusat Sejarah Negara Brunei Darussalam.

 

Dengan tema 'Memartabatkan Pendidikan Sejarah Islam di Institusi Pendidikan Negara Brunei Darussalam', objektif seminar adalah bagi membincangkan mengenai konsep dan matlamat pendidikan sejarah Islam membahaskan mengenai keutamaan dan kepentingan Pendidikan Sejarah Islam bagi pembangunan budaya dan tamadun Islam.

 

Seterusnya bagi membincangkan polisi dan konteks pendidikan Sejarah Islam di Institusi Pengajian Tinggi Negara Brunei Darussalam, membahaskan pendekatan dan pedagogi berkesan dalam pengajaran pendidikan sejarah Islam, membincangkan isu-isu semasa dalam pendidikan sejarah Islam di Institusi Pengajian Tinggi Negara Brunei Darussalam.

 

Seminar diharap dapat mengukuhkan jati diri masyarakat berasaskan pencapaian dan kejadian sejarah awal Islam terdahulu.

 

Para peserta seminar terdiri daripada pensyarah-pensyarah, kakitangan dari KUPU SB dan universiti-universiti tempatan, guru-guru sejarah dan Pengetahuan Ugama Islam, pelajar-pelajar KUPU SB, pegawai-pegawai kurikulum dari JPI dan Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Pembangunan Kurikulum.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47