Home > Bahasa Melayu
Latihan Menembak Menggunakan Peluru Hidup
December 13th, 2018 | 08:18 AM | 230 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan latihan menembak menggunakan peluru hidup pada Jumaat, 14 dan 21 Disember ini.
Latihan menembak tersebut akan diadakan di Padang Tembak, PPDB, Jalan Muara dan akan dijalankan bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang pada hari berkenaan.
Sehubungan itu, PPDB memaklumkan kepada orang ramai yang tinggal berdekatan supaya tidak menghampiri kawasan tersebut dan tidak berasa cemas apabila mendengar bunyi letupan semasa latihan menembak tersebut dijalankan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]