Home > Bahasa Melayu
Kes Pecah Rumah, Curi Kereta : Dua Lelaki Tempatan Ditahan
December 18th, 2018 | 10:30 AM | 529 views
TUTONG
Dua orang lelaki berjaya ditahan oleh anggota Special Duties dari Balai Polis Tutong dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah dan curi kereta.
Kedua-dua suspek, Haji Hamdilah bin Haji Othman, 34 tahun dan Adi Munawar bin Haji Wasli, 42 tahun merupakan penduduk warganegara tempatan ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tutong bagi menjalani siasatan terhadap laporan kes yang berlaku di kawasan Kampung Kupang, Tutong.
Dalam pada itu, kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan akan berdepan dengan dakwaan curi di bawah seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]