FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pakej Pelancongan DHSB Semakin Popular


ANTARA yang menyertai Pakej Pelancongan ke Eropah. ANTARA yang menyertai Pakej Pelancongan ke Turki. SEBAHAGIAN daripadanya menyertai Pakej Pelancongan ke Turki pada 3 Disember 2018. ANTARA yang menyertai Pakej Pelancongan ke Eropah. ANTARA yang menyertai Pakej Pelancongan ke Turki.

 


 December 18th, 2018  |  10:32 AM  |   383 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad (DHSB) menawarkan Pakej Pelancongan alternatif yang semakin popular berasaskan konsep Islam dan mengutamakan pemakanan yang halal dan destinasi yang 'Muslim Friendly'.

 

Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi kepada tempahan tiket-tiket penerbangan dan hotel ke seluruh dunia dan pakej-pakej melancong keluar negeri dan dalam negeri.

 

Ini menjadikan DHSB sebagai salah sebuah ejen pelancongan yang komprehensif.

 

Sehubungan itu, seramai 22 orang berlepas kelmarin, Ahad, 16 Disember bagi menyertai Pakej Pelancongan selama 15 hari ke negara-negara Eropah, iaitu Jerman, Czech Republic, Slovakia, Hungary dan Austria.

 

Rombongan diketuai oleh Ketua Jabatan Pelancongan dan Pengembaraan, DHSB, Dayang Hajah Nuratiqah Abdullah.

 

Manakala seramai 44 orang juga berlepas pagi tadi bagi menyertai Pakej Pelancongan selama 12 hari ke negara-negara Turki, iaitu Istanbul, Bursa, Konya, Cappadocia, Pamukkale, Kusadasi, Ankara dan Bolu yang diiringi oleh dua Penolong Pegawai DHSB, Awang Mohd. Fareezan Ambotang dan Awang Mohd. Wafi bin Haji Kudil.

 

Sementara itu, seramai 36 orang juga menyertai Pakej Pelancongan selama 12 hari ke negara-negara Turki yang telah berlepas pada 3 Disember lalu diiringi oleh Penolong Pegawai DHSB, Lim Siew Gek.

 

DHSB mula mengenalkan Bahagian Pelancongan dan Pengembaraan pada tahun 2001, iaitu kira-kira 17 tahun lalu.

 

Pakej yang ditawarkan adalah Pakej Percutian 'Leisure', Pakej Honeymoon, Pakej lawatan (Educational), Pakej Umrah Plus, Pakej 'Adventure', Pakej 'Medical' dan Pakej Membeli-belah.

 

Kemudahan diberikan di dalam Pakej-pakej Pelancongan seperti tiket penerbangan, penginapan dari tiga ke lima bintang atau yang setaraf tertakluk kepada jenis pakej, makanan halal, mengutamakan waktu solat, memberikan jadual solat, Doa Musafir, perlindungan Insurans Islam, lawatan bersiri, pegawai pengiring dari Brunei / Local Tour Guide (di setiap negara yang dilawati) dan Pengangkutan Bas atau yang setaraf tertakluk kepada jenis pakej.

 

Tempat-tempat sejarah Islam yang menjadi kunjungan adalah seperti masjid-masjid utama dan terkenal, tempat-tempat bersejarah yang mempunyai sejarah peninggalan tamadun Islam, masjid-masjid yang tertua atau terbesar, Makam-makam Imam, Nabi dan para sahabat Nabi serta Pusat Pengajian Islam (Islamic centre).

 

Negeri-negeri yang terkenal dan mempunyai sejarah Islam seperti Mesir, Turki, Uzbekistan, Rusia, Bosnia Herzegovina, Jordan, Timur Tengah, Sepanyol, Iran, Maghribi dan banyak lagi.

 

Sementara statistik perbandingan tiga tahun kebelakangan bagi Pakej Outbound sahaja ialah bagi tahun 2016 jumlah keramaian seramai 274 termasuk seramai 140 pada bulan Disember; bagi tahun 2017 jumlah keramaian seramai 294 termasuk seramai 159 pada bulan Disember dan tahun 2018 jumlah keramaian seramai 261 termasuk seramai 175 pada bulan Disember.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07