FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berpengakap Bantu Menyumbang Bakti Kepada Bangsa, Negara


PENERIMA Anugerah Baden Powell, Awang Muhammad Aiman bin Haji Abdullah (kiri), penerima Anugerah Pengakap Sedunia, Dayang Noorul Syahirah binti Haji Ali Rahim dan penerima Anugerah Baden Powell, Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah (kanan).

 


 December 18th, 2018  |  11:35 AM  |   381 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pergerakan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) merupakan salah satu persatuan belia yang tertua di Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Sebagai ahli pengakap, seseorang itu akan dapat memupuk sifat kepimpinan, bekerjasama, mandiri, tahu berkomunikasi, mempunyai peluang untuk menjalankan projek-projek berbentuk kemasyarakatan, aktiviti lasak dan sebagainya.

 

Perkara tersebut antara yang dikongsikan oleh Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah salah seorang penerima Anugerah Baden Powell, ketika ditemu bual Pelita Brunei semasa Majlis Penutup Rasmi Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Kali Pertama 2018, bertempat di Pusat Belia di ibu negara.

 

Awang Muhammad Syahmi yang mula bergiat aktif dalam persekutuan tersebut sejak tahun 2000 berkata, sepanjang perhimpunan tersebut diadakan beliau ditugaskan sebagai Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan menjadi penghubung kepada media-media yang membuat liputan bagi acara perhimpunan berkenaan, di samping membarigakan acara Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Kali Pertama 2018 kepada dunia luar melalui media sosial.

 

Menyentuh mengenai anugerah yang diterima, beliau melahirkan rasa syukur kerana ia merupakan lakaran sejarah buat PPNBD, khususnya Bahagian Pengakap Kelana kerana ia merupakan pertama kali dianugerahkan dan diberikan kepada Ahli Pengakap Kelana.

 

Jelasnya lagi, dengan menyertai persekutuan pengakap, ahli-ahlinya akan dapat menyertai pelbagai program yang komprehensif, termasuk membuat aktiviti-aktiviti berunsurkan kenegaraan, fizikal, keagamaan, kebudayaan, kerja berpasukan, keusahawanan dan kemasyarakatan.

 

Di samping itu tambahnya, belia-belia yang berada di Bahagian Pengakap Kelana diberikan peluang untuk menganjurkan program sendiri, menjurus kepada unsur-unsur yang dinyatakan di atas.

 

Sementara itu, bagi Awang Muhammad Aiman bin Haji Abdullah, 29, pula berkata, perhimpunan tersebut dapat merapatkan persahabatan di antara para pengakap dari NBD dan luar negara, di samping melatih ahli-ahlinya dalam kepimpinan.

 

Awang Muhammad Aiman yang juga penerima Anugerah Baden Powell berkata, melalui perhimpunan tersebut ia juga dapat meningkatkan kemahiran pengetahuan sebagai seorang pemimpin dan berkenalan dengan sahabat-sahabat baharu juga mempelajari serba sedikit nyanyian pengakap dari luar negara.

 

''Alhamdulillah syukur perasaan gembira dan berbangga kerana inilah kali pertama PPNBD mengadakan penerimaaan BP award,'' jelasnya yang menyertai PPNDB sejak tahun 2005 hingga sekarang.

 

Beliau seterusnya menyarankan kepada ahli pengakap untuk terus berpengakap dengan mencari ilmu bermanfaat, menjadi pemimpin berwawasan, mencari pengalaman baharu, mendapatkan ilmu bukan saja dari segi akademik, tetapi untuk berdikari sendiri.

 

Tambahnya, para belia juga perlu menggunakan masa dengan bijak dengan mengikuti apa sahaja kegiatan yang diadakan, termasuklah menjadi ahli pengakap atau badan-badan NGO yang lain untuk menambah pengalaman, mengasuh bakat-bakat yang ada, belajar cara-cara kepimpinan, selalu berdisiplin, mengisi waktu-waktu berfaedah dan menjadi belia-belia yang berguna untuk Wawasan 2035 juga berbakti kepada raja dan negara yang kita cintai.

 

Manakala bagi Dayang Noorul Syahirah binti Haji Ali Rahim, 19, yang berasal dari Kampung Sungai Buloh pula mengongsikan tentang pengalaman sepanjang perhimpunan tersebut diadakan, iaitu mengenali lebih dalam tentang puak Murut, sekali gus mempelajari tarian puak Murut yang sebelum ini tidak diperoleh semasa di sekolah.

 

Dayang Noorul Syahirah merupakan salah seorang penerima Anugerah Pengakap Sedunia menjelaskan, selain itu, beliau juga mempelajari proses pembuatan Ambulong dan Ambuyat juga berkesempatan untuk belajar cara membuat kuih Sapit.

 

Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam itu seterusnya melahirkan rasa syukur atas anugerah yang diterima kerana ia merupakan anugerah pertama yang disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sendiri dan berasa semua masa dan titik peluh yang selama ini mengalir amat berbaloi.

 

Beliau menyarankan agar para belia yang ingin menjadi Ahli Pengakap untuk meneruskannya dan jangan berasa takut kerana masa belia ialah masa yang sesuai untuk bergiat aktif, menyumbang bakti kepada bangsa dn negara.

 

Mula berpengakap sejak 2013, beliau pada awalnya memilih untuk menyertai pengakap atas dorongan daripada kawan-kawan dan ingin melakukan sesuatu yang baharu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07