FacebookInstagramTwitterContact

 

Foundation Laying Ceremony, RPN Kampung Lugu           >>           Second Meeting of Legislative Council Session to Discuss National Development Agenda           >>           Flag Hoisting Ceremony           >>           Flag Presentation Ceremony           >>           Giant-Sized Flag Hoisting Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Opening of 53rd SEAMEC           >>           Congratulatory Messages           >>           Natural Remedies For Itchy Skin: Time-Tested Solutions For Lasting Relief           >>           Surprising Causes Of TOOTH DECAY And NATURAL WAYS To Prevent It           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dipenjara 3 Tahun, 3 Sebatan Akibat Bersetubuh


 


 July 26th, 2022  |  10:22 AM  |   1164 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan tiga kali sebatan akibat bersetubuh bersama seorang remaja perempuan, di bawah umur.

 

Hakim Harnita Zelda Skinner menjatuhkan hukuman ke atas defendan, yang berusia 34 tahun, di Mahkamah Majistret, di sini.

 

Defendan melakukan satu pertuduhan, iaitu melakukan hubungan seks bersama remaja terbabit (mangsa) semasa mangsa bermalam di rumah keluarga defendan, di sebuah rumah, Daerah Tutong, pada 16 Julai 2022.

 

 Dalam mitigasi, defendan melahirkan rasa kesal dan memohon maaf kepada mangsa serta keluarga atas perbuatannya.

 

 Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Kiprawi menegaskan kepada mahkamah, bahawa faktor yang memburukkan, di mana defendan dan mangsa adalah saudara mara, bahkan defendan turut mengeksploitasi mangsa tersebut yang masih muda serta mudah terpengaruh.

 

Yang Arif Majistret Kanan Harnita Zelda Skinner menegaskan, bahawa kesalahan tersebut menyalahi undang-undang dan dianggap serius dan mahkamah juga tidak boleh mengabaikan ciri-ciri yang memburukkan dalam kes berkenaan.

 

Dalam pada itu, Yang Arif Majistret Kanan juga menyatakan, bahawa mangsa baru berusia 15 tahun ketika defendan melakukan kesalahan tersebut, di mana ia jelas membuktikan, bahawa defendan telah mengambil kesempatan terhadap mangsa yang masih muda walaupun beliau tahu kesalahan berbuat demikian.

 

Bagi Seksyen 2 Akta Persetubuhan Haram, Penggal 29, sesiapa sahaja yang bersetubuh secara haram atau cuba untuk bersetubuh bersama seorang remaja, di bawah umur 16 tahun kecuali dengan cara berkahwin adalah satu kesalahan, di mana hukumannya adalah penjara bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun, manakala sebatan tidak melebihi 24 kali sebatan dalam kes dewasa atau 12 sebatan pula bagi kes pesalah muda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Singapore Police Can Now Seize Bank Accounts To Stop Scams

 2025-07-02 00:55:12

The Global Environmental Award Hit By Accusations Of Greenwashing

 2025-07-01 02:16:56