FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works           >>           Landslide and Fallen Trees block Main Road following Continuous Rain           >>           Briefing Session for Umrah Pilgrims           >>           Awareness Day on Childhood Cancer and Health Issues           >>           Nationwide Recycling Day Initiative           >>           Village Head Voting and Selection           >>           Mukim Telisai Family Day Celebration           >>           International Merchandise Trade Index, Q1 2024           >>           Commemorate Brunei Darussalam Red Crescent Society's 76th Anniversary           >>           Munajat Night           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ybt2018 Sokong Usahawan Belia


GAMBAR ramai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin bersama ahli panel dan peserta YBT2018.

 


 May 11th, 2018  |  10:13 AM  |   396 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai seratus orang belia menyertai Youth Business Talk 2018 (YBT2018) terdiri daripada kalangan sukarelawan, pelajar-pelajar IBTE, institusi pengajian tinggi serta individu yang berkepentingan, yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, di ibu negara.

 

Program antara lain bertujuan membantu memupuk dan menyokong belia-belia yang ingin berniaga di dalam memberikan latihan dan tunjuk ajar, selain menjadi platform kepada para belia untuk memberi pendapat mengenai isu globalisasi, khasnya dalam bidang kewangan dan keusahawanan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat yang kemudiannya menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada para peserta yang terlibat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

YBT2018 dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, melalui Pusat Belia dengan kerjasama alumni YBT dan Biro Keusahawanan Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT).

 

Beberapa orang ahli panel yang mempunyai latar belakang di bidang keusahawanan yang mampan telah dijemput bagi mengongsikan kejayaan mereka melalui Sesi Plenari, dengan pembentangan tajuk 'Perbezaan Di Antara Seorang Usahawan (Entrepreneur) Dan Pemilik Perniagaan (Businessman), iaitu Pengiran Reduan bin Pengiran Haji Abas, Program Director LiveWire Brunei;  Mr Devin Edwards Chief Marketing Officer, Progresif Cellular Sdn. Bhd.; Reduan bin Yusof, Pengarah Geotraxx; dan Norhafizah binti Haji Rashid, Pengarah Urusan BIG Bwn.

 

Program selama tiga hari tersebut diisikan dengan tajuk-tajuk perbincangan yang dibahagikan kepada beberapa sesi, iaitu Plenary Session, Action Network Session dan Breakout Session, dengan dikendalikan oleh penceramah undangan yang berkemahiran, termasuk dalam bidang yang mendalam seperti pemasaran, penjenamaan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.

 

Hasil perbincangan daripada tajuk-tajuk tersebut akan dikumpulkan menjadi satu resolusi dan dihadapkan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan harapan akan dapat dimanfaatkan bagi kegunaan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

YBT2018 merupakan penganjuran kelima sejak mula diadakan pada 2013.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Why Parents Are Locking Themselves In Cells At Korean 'Happiness Factory'

 2024-07-01 00:51:33

M&S To Launch Clothing Repairs Service

 2024-06-29 09:32:15