Home > Bahasa Melayu
Mulakan Tadarus Al-Quran Ke Rumah-Rumah
JEMAAH dan Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah semasa mengadakan Tadarus Al-Quran ke-rumah-rumah yang diadakan di kediaman Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong. Juga hadir Yang Berh
May 11th, 2018 | 10:17 AM | 714 views
SUNGAI AKAR
Sebagai usaha untuk membudayakan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian dalam usaha merealisasikan hasrat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir, ahli Takmir dan jemaah Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB) mengadakan Tadarus Al-Quran ke-rumah-rumah.
Pada malam Rabu, 8 Mei 2018, kira-kira 70 jemaah dan ahli Takmir masjid tersebut telah mengadakan Tadarus Al-Quran mingguan, di rumah kediaman rasmi Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.
Turut hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Aktiviti itu merupakan Projek Mingguan Takmir MRSB, Kampung Sungai Akar yang bermula pada 12 ogos 2017.
Antara tujuan ia diadakan adalah membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan bermasyarakat dan mengukuhkan hubungan silatulrahim dua organisasi sukarela, iaitu Takmir MRSB dan Majlis Perundingan Kampung Sungai Akar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]