FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works           >>           Landslide and Fallen Trees block Main Road following Continuous Rain           >>           Briefing Session for Umrah Pilgrims           >>           Awareness Day on Childhood Cancer and Health Issues           >>           Nationwide Recycling Day Initiative           >>           Village Head Voting and Selection           >>           Mukim Telisai Family Day Celebration           >>           International Merchandise Trade Index, Q1 2024           >>           Commemorate Brunei Darussalam Red Crescent Society's 76th Anniversary           >>           Munajat Night           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Khatam Al-Quran Zahirkan Kesyukuran


JUGA berangkat menyertai majlis tersebut ialah Cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil.

 


 May 11th, 2018  |  10:20 AM  |   705 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pemantauan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Khatam bagi Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) serta Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara berlangsung di beberapa buah masjid terpilih di setiap daerah.

 

Bagi Daerah Brunei dan Muara, majlis tersebut diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di sini ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof yang juga mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah.

 

Turut berangkat menyertai majlis berkenaan, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil.

 

Hadir sama, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN); Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan KHEDN; KHEU; Kementerian Pendidikan; Penghulu-Penghulu Mukim; Ketua-Ketua Kampung; Ahli MPMK serta pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah.

 

Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Khatam itu diadakan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM yang Ke-72 Bagi Tahun 2018.

 

Majlis Pemantauan ini adalah kesinambungan dari Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Khatam Ahli-Ahli MPMK dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-72 yang telah dilancarkan pada 5 April 2018 yang lalu.

 

Para peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran terdiri daripada Ahli-ahli MPMK di keempat-empat daerah seluruh negara mengikut Kategori Dewasa Lelaki, Dewasa Wanita, Belia dan Beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung, termasuk penuntut-penuntut sekolah seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan, penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran Remaja dan Kanak-Kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-sekolah Ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun, dengan jumlah keseluruhan penuntut-penuntut seramai 1,708 peserta.

 

Tahun ini, Daerah Brunei dan Muara disertai oleh seramai 702 orang terdiri daripada 35 orang lelaki dewasa, 35 wanita dewasa, seramai 35 belia, 35 beliawanis, 86 kanak-kanak lelaki, 86 kanak-kanak perempuan, 195 pelajar Kementerian Pendidikan lelaki dan 195 pelajar perempuan Kementerian Pendidikan.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan khusus bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah DYMM dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Di samping itu, ia juga bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat dan nikmat-Nya menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana baginda sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Why Parents Are Locking Themselves In Cells At Korean 'Happiness Factory'

 2024-07-01 00:51:33

M&S To Launch Clothing Repairs Service

 2024-06-29 09:32:15