Home > Bahasa Melayu
DPPW Menerima Mengadap Duta Besar Istimewa Dan Mutlak Republik Filipina
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Fil
May 11th, 2018 | 10:22 AM | 463 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien hari ini berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo Los Banos Montealegre yang akan menamatkan perkhidmatan.
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 Mei 2015.
Semasa Majlis Mengadap itu, Duli Yang Teramat Mulia merakamkan penghargaan peribadi DYTM kepada TYT atas sumbangan TYT sepanjang perhubungan di antara kedua buah negara.
Majlis Mengadap berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, di sini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]