• Today: June 20, 2026

HIS ROYAL HIGHNESS PRINCE 'ABDUL MATEEN, MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF BRUNEI DARUSSALAM, RECEIVES THE OUTGOING AMBASSADOR OF THE UNITED STATES OF AMERICA

20 June 2026 / 4 Muharram 1448H - His Royal Highness Prince 'Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Minister of Foreign Affairs of Brunei Darussalam, today granted a farewell audience for Her Excellency Caryn R. McClelland, the outgoing Ambassador of the United States of America to Brunei Darussalam, at Istana Nurul Izzah

His Royal Highness expressed appreciation to Her Excellency for her contributions to further strengthening the longstanding friendship and close cooperation between Brunei Darussalam and the United States of America. During her tenure, both countries continued to deepen cooperation across a range of areas, including defence, education, trade and investment, and people-to-people exchanges. 

Her Excellency presented her Letter of Credence to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di- Pertuan of Brunei Darussalam on 24 May 2022

 

DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA 'ABDUL MATEEN, MENTERI HAL EHWAL LUAR NEGERI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, MENERIMA MENGADAP DUTA BESAR AMERIKA SYARIKAT 

 

20 Jun 2026 / 4 Muhar'ram 1448H - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Puan Yang Terutama Caryn R. McClelland, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan. Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Izzah

Duli Yang Teramat Mulia merakamkan penghargaan kepada Puan Yang Terutama atas sumbangan beliau dalam memperkukuhkan lagi persahabatan yang sekian lama terjalin serta kerjasama erat antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, kerjasama kedua buah negara dalam pelbagai bidang telah terus dipertingkatkan termasuk pertahanan, pendidikan, perdagangan dan pelaburan, serta pertukaran di antara rakyat

Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Mei 2022

 

 

Venues

Comments (0)

No comments yet. Be the first to comment!

Leave a Comment

Total visitors: 3,720,794 | Today's visitors: 20,408
Updated: 20:31:03