• Today: February 18, 2026

Food Festival 2025 : Mengetengahkan produk pengusaha tempatan

BERAKAS, Khamis, 11 Disember. – Dengan matlamat murni bagi sama-sama mengetengahkan produk makanan dan minuman golongan pengusaha tempatan dan juga luar negara kepada orang ramai di negara ini, Starbugs Event Management menganjurkan Food Festival 2025 bermula hari ini sehingga 14 Disember nanti.

 

Acara yang diadakan di kawasan letak Kereta Zon L, Stadium Negara Hassanal Bolkiah berkenaan dibukakan untuk kunjungan orang ramai bermula jam 4.00 petang hingga 11.00 malam dengan menyaksikan penglibatan lebih 70 vendor secara keseluruhannya.

 

Selain pelbagai makanan dan minuman yang diketengahkan oleh para pengusaha, acara turut dimeriahkan dengan golongan pengusaha yang menawarkan pelbagai perkhidmatan permainan untuk kanak-kanak seperti permainan belon, kereta api dan sebagainya.

 

Dengan adanya acara yang dianjurkan bersempena Brunei Disember Festival (BDF) Ke-9 ini, ia juga dihasrat untuk membuka minda masyarakat khususnya golongan muda untuk sama-sama mengorak langkah secara proaktif dalam mencari pendapatan sampingan mahupun sepenuh masa melalui bidang keusahawanan meskipun bermula secara kecil-kecilan.

Venues

Comments (0)

No comments yet. Be the first to comment!

Leave a Comment

Total visitors: 3,720,794 | Today's visitors: 20,408
Updated: 20:31:03