• Today: February 18, 2026

Mini Konvokesyen raikan 110 pelajar Nuqra

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Disember. – Nuqra Quranic Learning Centre (NQCL) telah mengadakan Majlis Konvokesyen Nuqra 2025 bagi meraikan kejayaan lebih 110 pelajar yang telah mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran, menamatkan Kelas Hafazan Juzuk 30, serta Kelas Persediaan Sekolah Ugama (PSU) dari cawangan Beribi, Kiulap dan Madang (Lambak).

 

Sebagai pusat mengaji pertama yang memperkenalkan Kelas PSU secara tersusun di Negara Brunei Darussalam, Nuqra telah menjalankan program ini lebih tujuh tahun dan kini menjadi rujukan ramai ibu bapa dalam memastikan anak-anak bersedia memasuki sekolah ugama dengan asas bacaan, ibadah dan adab yang kukuh.

 

Majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah tersebut dihadiri oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dr. Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd. Salleh selaku tetamu kehormat.

 

Acara dimulakan dengan bacaan khatam dan dikir, diikuti penyampaian sijil serta Anugerah Pelajar Terbaik kepada mereka yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang tahun.

 

Juga menyerikan acara ialah persembahan daripada pelajar persediaan sekolah ugama.

Venues

Comments (0)

No comments yet. Be the first to comment!

Leave a Comment

Total visitors: 3,720,794 | Today's visitors: 20,408
Updated: 20:31:03